Sunday, 10 November 2013

TANGGUNGJAWAB :)

Bagi aku tanggungjawab ni sangat luas dan terbahagi kepada banayak aspek. Tapi yang akan diceritakan oleh aku adalah 'Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa' :)

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup seseorang. Tanpa mereka takdelah kita di muka bumi ini. Ibu lah yang telah mengandungkan seorang anak selama 9 BULAN lebih dan kemudiaan melahirkannya. Bapa pula bekerja keras untuk mendapatkan wang bagi meyediakan keperluan asas untuk keluarga.Begitu besar pengorbanan mereka untuk menjaga kita kan. Kita sebagai seorang anak yg semakin meningkat dewasa, sepatutnya melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada ibu bapa.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA :

1. Memberikan kasih sayang - Semasa kecil, ibu bapa yang bersusah payah nak jaga kita, bagi apa yang kita nak,belai kita dengan penuh kasih sayang, sekarang dah tiba masanya untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada ibu bapa.

2. Belajar bersungguh-sungguh - sudah semestinya ibu bapa  mahu melihat anaknya berjaya. sebab itu, kita kenalah belajar rerajin supaya impian kita tercapai dan membuat ibu bapa kita happy :)

3. Menjaga ibu bapa - Sebagai anak, dah semestinya kita kene sentiasa menjaga hati mereka,perasaan mereka lebih2 kpada ibu kita, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Janganla sekali kali mengguris hatinya. 


sekiranya tanggungjawab dijalankan , terciptalah keluarga yang bahagia. :) hehe.




No comments :

Post a Comment