Thursday 19 December 2013

S4

Apa s4 ? bukan henset laa. ni set 4 aplikasi komputer di bawah Encik Azzwan :) 

Oke. time mula2 masuk dalam kelas ni, hmm. takut sangat. sebab lecturer ni macam garang sangat jee. memangla dia menggalakkan kitorang gugur untuk set tu tapi hmm, aku yakin sebenarnya lecturer ni oke je kot. saja je nak bagi takut mula mulaa. sebab tanak kitorang pijak kepala kann. 

okeokee. memang aku tak tukar set pon akhirnyaa. sepanjang masa kelas ni memang happy. Encik azzwan tak habis habis buat lawak . katanya tanak ada jurang di antara kitaa. puii. hahahaha. nak cerita apa2 kat dia pon boleee. insyaAllah dia boleh membantu kot. walau pon masalah peribadi. 

Memang kelas ni je yg lecturer boleh ingat semua nama kitorang. memang respect gila la kat sir. disebabkan tu, kitorang susah nak ponteng sebab dia boleh ingat nama kitorang dan akan sentiasa check sape yg tak dtg. berbanding dengan kelas lain, memang taklaaa. di sini teserlah keprihatinan dan ke'take care' an sir terhadap kitorang. emm. terharunyaaa . haha. pui pui puii.



p/s : SILA FOCUS MUKA SIR (jika rindu)
                                            
Ni la dia lecturer yang gila gila, yang masuk air, yang ni, yang tu. semua memang dia ni laaa. memang banyak yang sir dah ajar kitorang. dan rasanya cam sama banyak dengan sir merepek. haha. tapi kitorang enjoyy. maafkan saya kalau saya ada buat salah. maafkan saya kalau saya kurang pandai dalam IT ni. maafkan saya kalau saya menghampakan sir. maafkann :(  but the way, memang susah kot lepas ni nak jumpa lecturer yg macam sir. sobsob . 

Kesimpulannya, bagila semua 'A' dalam aplikasi komputer sirr ! OK. terima kasih. bye.

KERJA


Hye. aku la gadis yang kerja kat AEON BIG bandar tun hussein onn sebelum aku masuk universiti. aku hanyalah seorang cashier disitu. bekerja sambilan setelah habis matrik. kerja kat situ pon sebab dekat dengan rumah. hehe. 5 steps untuk seorang cashier kat sini ialah :

1) GREETINGS ( selamat datang, good morning, evening atau sebagainya)
2) SCANNING
3) TANYA TOPAP (nak beli topap ke?)
4) PACKING
5) SILA DATANG LAGI

memang banyak cabaran . nampak je macam senang. kalau korang jadi costumer korang mesti macam cepat merungut. " asal lambat sangat ni? " cer try jadi cashier kejap. baru korang tahu. haha. kat sini kalau short money kene bayar sendiri. setakat aku kerja short paling banyak 27 ringgit. bayar jelaaa. nak buat macam mana. takde rezeki. haha. kat sini pon aku banyak belajar untuk bersabar dengan costumer. memang bermacam macam perangai costumer yg aku jumpa. ade yg oke. ada yg macam taik. haha. sebaikla aku ni jenis yang suka senyum. costumer pon banyak puji. (bangga jap). tapi kalau dah hari sabtu ahad tu. hmmm. dah waktu kemuncak tu, senyum pon tak larat. sebab time tu ramai sangat orang . beratur pon panjang. pastu costumer beli sampai penuh satu troli. beli barang dapur la katakann. kau nak scan, kau nak packing. nak kene cepat plak. sebab muka costumer kat belakang dah macam apa kan. memang kene tabah, sabar , cekal la time tu.

walaupun penat, tapi best. sebab semua pekerja kat situ memang boleh masuk perangai. haha. k byee.