Monday, 11 November 2013

KESAN TAK CUKUP TIDUR

Yess, masalah tidur sering aku alami. Ntah kenapa. sejak dari matrikulasi. kadang-kadang tak pernah tidur langsung dan terus pegi kelass. takut jugak kekadang kalau fikirkan masalah ni. So, aku de baca pasal artikal yang cakap pasal masalah tidur ni.

 bahaya kan ? haishh. 


Kehidupan sebagai  pelajar memang tak dapat lari dari masalah tidur lambat bagi aku laa. sama ada disebabkan oleh faktor kesihatan (insomnia) ataupun sebagai hobi. Kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan.Sebab tu, setiap orang kene ambik berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing. contoh kesan tak cukup tidur :


1) kemurungan
~ orang yang kurang tidur berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan. ini kerana badan berada dalam keadaan yang lemah dan otak sukar untuk berfungsi dengan baik. emosi lebih mudah terusik apabila berada dalam keadaan yang tidak sihat. kemurungan akan menyebabkan seseorang sukar tidur.

2) kurang tumpuan
~ bagi pelajar anda akan kurang tumpuan dan daya ingatan anda semakin lemah. bagi yang bekerja tugasan tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. paling bahaya jika individu yang memandu akan menyebabkan hilang tumpuan semasa memandu dan boleh menyebabkan kemalangan. 

3) nampak berusia
~ tidur untuk kecantikkan bukanlah satu mimpi.kurang tidur mnyebabkan mata sembab dan lingkaran hitam di bawah mata mula kelihatan. hormon kolagen kulit (untuk melembut dan menganjalkan kulit)  menjadi lemah apabila tidur kurang. kedutan dan garis halus mula muncul.

4) imun lemah
~ sistem imun semakin lemah. jika imun lemah individu mudah selsema dan demam. sel darah putih juga semakin berkurangan dan jejaskan sistem imun. jika anda sihat dan tidak mengalami masalah berat badan, anda akan mengalami masalah fungsi insulin jika tidak cukup tidur.

5) cepat penat
~ kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama akan menyebabkan anda cepat penat. anda akan sakit kepala, keletihan dan mudah marah serta gerak geri menjadi perlahan.


INFO KESIHATAN

Sunday, 10 November 2013

INAI

Time tu.aku dan family bangun pagi dan pergi ke sentul untuk membuat Ic baru. yeahhhh! buat Ic baru yeahhh. yelaa. dari darjah 6 kot pakai ic tu. muka ku, lahaii. hahhaa. sebenarnya memang agak liat jugak bangun pagi time tu. rasa macam nak cakap kat mak "takpelaa, mak pegila buat dlu, miza buat sendiri nanti " Tapi niat tu dibatalkan sebab aku rasa aku takkan pegi buat sendiri. hahahaha.

Oleh yg demikian,kitorang pon pergi la ke sentul dan terhasil laa Ic baru saya selama 1 jam jee.



IC baru pon muka macam ape jugakk. lantak pii.

sementara menunggu Ic baru siap, kitorang pergi makan, then , jalan punya jalann hmm terdengar orang cakap "inai, inai, inai. inai dikkk." aku pon macam kesian je tengok orang tu, aku tanya adik aku, "hanis nak inai? " pastu adik aku cakap "nak " , so buat jelaa. sebelah tangan je RM5. sementara nak tggu Ic siap kann. hahhaa. dah habis adik aku, dye tarik plak tangan aku. aku tanak ponn, tapi hmm, biar jelaa. buat jelaaa. hahahaha. so, terhasil la begini :



cantik tak ? hahaha.




disebabkan inai yang macam ni je, orang ingat aku dah bertunang, urghhh. MANA ADE !!
merepek jeeeeeeee.




KUNCI BILIK

hye, asslmualaikum :)

saya nak cakap yang kunci bilik ORIGINAL saya telah dijumpai. haha. alhmdulillah.

Hmm, bila ingat balik, perghhhh, nak nangis time kunci hilang ouhh. kejadian berlaku time latihan kebakaran. memang time tu tak dijangkaa. aku plak baru je lepas keluar dari toilet. roommate takde kat dalam bilik. Then, lampu terpadam. agak takut dan menyeramkan sebab time tu pukul 12 kot. tak lama lepas tu satu loceng yang panjang berbunyi. ARHHHH ! damn, masuk bilik tukar seluar semua, cari kunci, tutup pintu berkumpul kat padang. 

selepas habis latihan, masuk bilik dan terus tidur. Keesokann paginya , siap siap nak pegi kelas, Then, nak kunci pintu, cari punye cari punye cari tak jumpaa. AHHH! roommate plak dah pegi kelas. So, disebabkan kunci hilang, aku tak pegi kelas, sebab pintu tak bole ditutup. hmmm.

Hari yg sama aku mintak seorang abg senior untuk tlg duplicate kunci bilik dan pegi kat pejabat kolej untuk mintak kunci bilik baru. Tapi dikenakan denda RM20 dan kunci tu akan dapat keesokan harinyaa. yg susah aku dgn roommate tak same kelas dan jarang jumpa. so, mmg takley hidup tanpa kunci. 

so, kunci duplicate yg dibuat oleh abg senior dapat petang tu, so malam tu senang la sikit. esok ambik kunci baru dekat pejabat kolej. Tapi setelah sekian lama, kunci aku dah jumpaa. dekat dalam beg. tersorok di celah celah beg. aku rasa time tu aku memang dah cari kat situ, tapi ntah, mmg takde time tu. tu orang ckp bile nak, takde. bila tanak, ada. so , sekarang saya dah ade 3 kunci bilik. :)



yeah, ade 3 kunci. KBYEE. hahahaha.




KHASIAT MINUM AIR KOSONG

Tahukah anda apa khasiatnya kalau kita banyak minum air kosong setiap hari? Aku de baca satu artikel ni. So, bolehlah kongsi serba sedikit tentang benda ni.


Kalau kita minum air kosong pada waktu yang betul , ia dikatakan dapat memberikan kesan yang mendalam dalam tubuh manusia, Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah :

*2 gelas air setelah bangun tidur - Boleh membantu menggiatkan organ dalaman manusia

*1 gelas air 30 minit sebelum makan - Membantu proses penghadaman

*1 gelas air sebelum mandi - Membantu mengurangkan tekanan darah

*1 gelas air sebelum tidur - Mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung

Rasanya semua tahu kita disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. so, better kita ikut apa yang disarankan untuk mengelakkan penyakit.  mencegah lebih baik daripada mengubati.

INFO KESIHATAN

SAHABAT

Sahabat merupakan orang yang penting jugak dalam hidup kita sebenarnyaa. Sebab kadang-kadang dorang lebih memahami kita. Tapi sekarang, susah nak cari sahabat yang betul-betul sahabat. yang ada ketika susah dan senang kann. Okey. Bagi aku sahabat yang baik dan perlu dihargai bila :


  • Sahabat yang sentiasa ceria dan menceriakan keadaan.
  • Sahabat yang sentiasa memberikan ketenangan.
  • Sahabat yang sentiasa bersangka baik
  • Sahabat yang tidak suka mengata
  • Sahabat yang memahami kita dan sentiasa membantu kita
  • Sahabat yang jujur dan ikhlas
  • Pendengar yang baik
  • Sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk melakukan benda baik

miss you a lot my sahabat :)


Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku



 



TANGGUNGJAWAB :)

Bagi aku tanggungjawab ni sangat luas dan terbahagi kepada banayak aspek. Tapi yang akan diceritakan oleh aku adalah 'Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa' :)

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup seseorang. Tanpa mereka takdelah kita di muka bumi ini. Ibu lah yang telah mengandungkan seorang anak selama 9 BULAN lebih dan kemudiaan melahirkannya. Bapa pula bekerja keras untuk mendapatkan wang bagi meyediakan keperluan asas untuk keluarga.Begitu besar pengorbanan mereka untuk menjaga kita kan. Kita sebagai seorang anak yg semakin meningkat dewasa, sepatutnya melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada ibu bapa.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA :

1. Memberikan kasih sayang - Semasa kecil, ibu bapa yang bersusah payah nak jaga kita, bagi apa yang kita nak,belai kita dengan penuh kasih sayang, sekarang dah tiba masanya untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada ibu bapa.

2. Belajar bersungguh-sungguh - sudah semestinya ibu bapa  mahu melihat anaknya berjaya. sebab itu, kita kenalah belajar rerajin supaya impian kita tercapai dan membuat ibu bapa kita happy :)

3. Menjaga ibu bapa - Sebagai anak, dah semestinya kita kene sentiasa menjaga hati mereka,perasaan mereka lebih2 kpada ibu kita, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Janganla sekali kali mengguris hatinya. 


sekiranya tanggungjawab dijalankan , terciptalah keluarga yang bahagia. :) hehe.




Masa itu EMAS :)

Masa itu emas. Emas itu masa. hmm. *krik krik krik.

Bidalan tu sering kita dengar , rasenya sejak dari kita kecik lagi. Ianya bermaksud masa tu macam satu anugerah yang sangat berharga lah untuk seseorang. Thats why kita disuruh untuk menghargai masa sebaik mungkin. 

Oleh itu, masa itu mestilah diperuntukkan dengan melakukan benda yang berfaedah. haishh. dah macam ayat karangan soalan rendah plakkk. zzzzzZZ~

Oke, balik kepada tajuk. masa itu emas, tapi ramai buat dunno je. mungkin sebab tak nampak emas tu betul betul. hahahahaa. tapi bagi aku mungkin sebab malas yg memang teserlah di dalam diri masing-masing sebab tu bole lambai lambai je kat masa, biar je dye berlalu dibawa angin yg sepoi sepoi bahasa. 

Elemen "MALAS" adalah satu perkara yang tak sepatutnya ada kat diri setiap individu. sebab malas ni la kita selalu leka. Menangguh-nangguh ni pun sebenarnya penyebab kita jadi bertambah malas. (aku sedar tapi ntah, aku masih begini ). Memang tak dapat dinafikan kadang kadang kita merasakan masa yg ada masih panjang. kan ? kan ? kan ? tapi kene ingatlah masa bukannya tunggu kitaa. Kita je yang kene kejar masa untuk capai apa yang kita nak. 

So, ni la masa aku nak bermuhasabah diri. Untuk aku dan korang, INGATLAA. JANGANLA BUANG MASA. DAH TAKDA MASA DAH NI. 




TIK TIK TIKK, MASA BERGERAK.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
WAITTTTTT !!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
STOPPP !!
|
|
|
|
|
|
|
(cakapla ape pun, ianya masih bergerak )