Thursday, 19 December 2013

S4

Apa s4 ? bukan henset laa. ni set 4 aplikasi komputer di bawah Encik Azzwan :) 

Oke. time mula2 masuk dalam kelas ni, hmm. takut sangat. sebab lecturer ni macam garang sangat jee. memangla dia menggalakkan kitorang gugur untuk set tu tapi hmm, aku yakin sebenarnya lecturer ni oke je kot. saja je nak bagi takut mula mulaa. sebab tanak kitorang pijak kepala kann. 

okeokee. memang aku tak tukar set pon akhirnyaa. sepanjang masa kelas ni memang happy. Encik azzwan tak habis habis buat lawak . katanya tanak ada jurang di antara kitaa. puii. hahahaha. nak cerita apa2 kat dia pon boleee. insyaAllah dia boleh membantu kot. walau pon masalah peribadi. 

Memang kelas ni je yg lecturer boleh ingat semua nama kitorang. memang respect gila la kat sir. disebabkan tu, kitorang susah nak ponteng sebab dia boleh ingat nama kitorang dan akan sentiasa check sape yg tak dtg. berbanding dengan kelas lain, memang taklaaa. di sini teserlah keprihatinan dan ke'take care' an sir terhadap kitorang. emm. terharunyaaa . haha. pui pui puii.



p/s : SILA FOCUS MUKA SIR (jika rindu)
                                            
Ni la dia lecturer yang gila gila, yang masuk air, yang ni, yang tu. semua memang dia ni laaa. memang banyak yang sir dah ajar kitorang. dan rasanya cam sama banyak dengan sir merepek. haha. tapi kitorang enjoyy. maafkan saya kalau saya ada buat salah. maafkan saya kalau saya kurang pandai dalam IT ni. maafkan saya kalau saya menghampakan sir. maafkann :(  but the way, memang susah kot lepas ni nak jumpa lecturer yg macam sir. sobsob . 

Kesimpulannya, bagila semua 'A' dalam aplikasi komputer sirr ! OK. terima kasih. bye.

KERJA


Hye. aku la gadis yang kerja kat AEON BIG bandar tun hussein onn sebelum aku masuk universiti. aku hanyalah seorang cashier disitu. bekerja sambilan setelah habis matrik. kerja kat situ pon sebab dekat dengan rumah. hehe. 5 steps untuk seorang cashier kat sini ialah :

1) GREETINGS ( selamat datang, good morning, evening atau sebagainya)
2) SCANNING
3) TANYA TOPAP (nak beli topap ke?)
4) PACKING
5) SILA DATANG LAGI

memang banyak cabaran . nampak je macam senang. kalau korang jadi costumer korang mesti macam cepat merungut. " asal lambat sangat ni? " cer try jadi cashier kejap. baru korang tahu. haha. kat sini kalau short money kene bayar sendiri. setakat aku kerja short paling banyak 27 ringgit. bayar jelaaa. nak buat macam mana. takde rezeki. haha. kat sini pon aku banyak belajar untuk bersabar dengan costumer. memang bermacam macam perangai costumer yg aku jumpa. ade yg oke. ada yg macam taik. haha. sebaikla aku ni jenis yang suka senyum. costumer pon banyak puji. (bangga jap). tapi kalau dah hari sabtu ahad tu. hmmm. dah waktu kemuncak tu, senyum pon tak larat. sebab time tu ramai sangat orang . beratur pon panjang. pastu costumer beli sampai penuh satu troli. beli barang dapur la katakann. kau nak scan, kau nak packing. nak kene cepat plak. sebab muka costumer kat belakang dah macam apa kan. memang kene tabah, sabar , cekal la time tu.

walaupun penat, tapi best. sebab semua pekerja kat situ memang boleh masuk perangai. haha. k byee. 

PEMBENTANGAN

Hari pembentangan telah dibuat pada 11/12/13. cantik kan tarikh yang sir pilih tu. sweet sangatt. *mata pandang atas, tangan kat bahu* . selain tu , hari tu patutnya kitorang bercuti. tapi tu laaa. tak marah ponn. sebab kalau ikut set lain dorang buat awal. terima kasih sir sebab melambatkan tarikh pembentangan ni supaya kitorang bersedia . (bersedia ke? ) macam tak berapa je. macam kerja last minit jeee. haha. biasalah pelajar. memang tidak lari daripada kerja last minit.

Tajuk yang kitorang dapat ialah "EMEIL". kitorang diarahkan untuk buat slide dan video. dan jumlah masa yang diperuntukkan ialah 20 minit. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. group pon memberikan kerjasama. sebelum ni kitorang ade buat slide. tetapi telah direject sebab membosankan. so, buat lagi untuk kali kedua dan kitorang memilih untuk meceritakan tentang kebaikan emel je. kitorang banyak menggunakan gambar dan dengan penggunaan gmbar, kitorang buat dia jadi rajah supaya lebih cantik, tertarik dan debomm. haha.

Untuk video plakk. perghh pergh perghhh. rakaman memang dah dibuat, tapi bila tunjuk kat sir , kene buat balik. sebab video ynag kitorang buat senget. so, kitorang buat lagi sekali. dan sangat happy , setelah berkali kali buat, habis jugak rakaman. tapi bila letak dalam laptop, ni bukan senget dah. tapi terbalik terus. memang dugaan. memang sakit hati. kitorang buat lagiii. dan akhirnya alhmdulillah. :) 

Kitorang pun dah bahagikan tugas masing-masing untuk menceritakan tentang kebaikan emel ni. kitorang puas hati dengan hasil kerja dan pembentangan kitorang walaupun sebelum pembentangan semuanya agak gugup. tapi setelah selesai, legaa yg tak terhingga. haha. Harap harap sir memberikan markah yang baik untuk kitorang. Aamin :)


Ini group aku. kami dari kumpulan 5 :)

muka setelah selesai buat video. haha.

SERABUT

Aku adalah anak kedua daripada 5 adik beradik. Yang pertama , akak. dia tak sambung study pon. Umur dia sekarang 21 tahun. Dia dah bertunang dan insyaAllah akan kawen tahun depan. cepat kan ? dah jodoh awal nak buat cam mana. sekarang dia bekerja jelaa dan aku sekarang kat sini, UKM yang sedang melanjutkan pelajaran di tahap ijazah. so, dalam family, aku la orang yang start menyambung pelajaran. Alhamdulillah  tapi dalam masa yang sama aku takut. sebab aku menjadi harapan dalam family aku. Aku taktahu aku boleh ke takk. dalam masa yang sama jugak aku tanak menghampakan dorang. sobsob :(

Mak ayah aku jugak sebenarnya taktahu sangat pasal sambung belajar ni. yang dorang tahu dorang nak anak anak dia berjaya hingga ke menara gading. Disebabkan aku anak petama yg sambung belajar ni, mak ayah aku macam bagi je apa yang aku nak. tetapi keperluan untuk hidup dan belajar kat sini laa. Aku bukan dari kalangan orang yg senang dan aku sebenarnye pon tanak susahkan dorg. tapi benda yg dorg bagi pon penting. contohnya laptop. aku la yang pertama dapat. duit untuk sambung belajar, duit untuk menampung aku kat sini. hmm, banyaknye kena pakai duit. Tapi alhmdulillah dapat JPA. 

Yang aku serabutnya ialah aku tak boleh buat banyak benda dalam satu masa. dulu aku hanya ditugaskan untuk belajar je. aku tak aktif pon apa apa. sukan ke budaya ke. memang tak aktif. dan tak join pon apa apa. sebab tanak serabutkan hidup aku. Tapi kat sini, kitorang kene join banyak program supaya kitorang boleh graduate. kene ada 8 kredit sebelum graduate. bagi aku susahlaa. mungkin orang lain boleh tapi aku macam belum boleh lagi. bila aku dah join budaya, contohnya ada latihan menari, aku terus abaikan belajar. aku biar je dulu sampai la habis event. untuk program jugak memang asyik meeting la apa laa. so, aku memang la tak boleh cam ni. aku kene betul2 habis program yg nak dijalankan baru aku boleh fokus benda lain plakk. aku pon dah cerita kat mak ayah. dorang pon macam faham. dan dorang suruh try jelaa dulu. mula mula mungkin belum biasa lagi. aku harap sem 2 nanti aku lebih baik daripada ni. Aamin .

SESI KRITIK BLOG

Yeahhh. selesainya sesi kritik blog. yee. aku memang tak kreatif pon dan aku sebenarnye tak suka pon buat blog. Dan aku adalah salah seorang yang tidak join dalam sesi kiritik blog yang pertama sebab ada program jejak warisan. So, bermulanya kritikan yg disajikan khas untuk aku. 



Ni header yang sebelumnyaa. Header ni la ditidaksukai, ditidakgemari , dikritik oleh sir, sebab katanyaa macam nak buat karangan. terlalu panjang. dan "pendosa tanpa noktah"? haha. okeokee. aku telah dibahan tapi aku tak kesah ponn. tak ambil hati ponn. just terima kritikan tu dengan hati yang terbuka. Dia kata kalau tulis 'simple is better ' sahaja atau 'pendosa tanpa noktah' je oke kot. so, dengan kritikan yang diberikan, header telah ditukar dengan gambar pemandangan dan sedikit tulisan. gambar pemandangan tu bertujuan untuk menenagkan hati pembaca blog aku kononnya. harap harap begitulaaa. tulisan yang ringkas, padat dan sesuai yang menerangkan blog ni adalah cerita hidup aku.


Ni adalah gambar yang diletakkan di "about me".  Gambar ni dikatakan tidak sesuai dengan header sebelum ni. haha. bila fikir balik betul laa tu. kat header dah macam alim, kat about me, gambar ni plakk. so, dengan kririkan tu , aku terus mengambil keputusan untuk letak gambar aku sendiri. lagi senang kann. harap gambar tu tidak menghampakann :)

Selain tu post background yang agak suram sebelum ni iaitu colour putih telah ditukar dengan warna yang lebih menonjol sedikit. supaya tidak tenggelamm. 

Aku harap dengan perubahan blog ni, aku dapat markah yang bagus. Aamin :)


Saturday, 14 December 2013

KELEBIHAN COKLAT


Aummm. nyummmm. sedapnyeee. coklat adalah salah satu favourite aku. hehe. suka sangat makan benda ni. aku pun rasa ramai yang suka coklat kan kan kan ? gila tak sukaaa. bayangkan dia cair di dalam mulut. perghh. perghhh. perghhhhhhhh. disebabkan sangat kemaruk dengan coklat, aku nak jugak tahu kesan kalau makan banyak benda ni. so, ape lagii, aku pon google laa kelebihan makan coklat. memang tak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. malah ayah aku pon still suka makan coklat. haha.

coklat merupakan makanan ringan yang tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. betul kee ? SALAH. kenyataannya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positifnya. wowww ! 

Antara kelebihan memakan coklat yang dikenalpasti ialah :

  • membantu meningkatkan memori dan hafalan
  • mampu menajamkan mata dan minda
  • mmembantu memulihkan keletihan saraf
  • menguatkan daya ingatan
  • mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  • mengatasi tekanan
  • melambatkan proses penuaan
  • mengurangkan risiko penyakit jantung

SELAMAT MEMAKAN COKLATT :) NYUMMMMM~



JEJAK WARISAN



Saya adalah salah satu peserta jejak warisan terengganu anjuran kolej keris mas :) 
already got name tag. happy.


selamat datang ke kampung pulau duyong . kitorang buat persembahan dekat sini. hehe.
tarian medley rakyat, overture, endang, flashmob (what makes you beautiful n moves like jagger)





persembahan di muzium terengganu :)

sebenarnya the best moment ialah : 


kau ingat dalam moviee jee. haha. kitorang pon "night at the museum" tauu. kul 2 lebih pagi member kejut pegi toilett. perghhh. jangan fikir pape jela time tu. hahahaa. tapi memang bestt. sejuk betul muzium tuu. kat situ pon kitorang buat aktiviti river cruise, tgk masjid kristal waaa. cantik sangatt. then, malam tu kitorang jugak bersiar2 di muzium tu, tengok pangkalan nelayan. then kitorang dibagi makan ubi rebus dan air tehh o sambil melayan "anis suraya " menyanyi. macam suasana kampung sangat time tu. kitorang sangatla seronokk.


yang ni berlangsungnya monsoon cup kat terengganu. memang angin sangat la kuatt kat situu.
seronok sangat. tempatnya sangat cantik. dan kitorang dapat tshirt dan beg yg berisi pen, buku, keychain dan air :)


happy sangattt. hahahhahaa. yeahhh ! banyak sangat pengalaman. walaupun penat, aku rase semua seronok dan enjoy sepanjang aktiviti jejak warisan berlangsung .

kbye :)



JANGAN LUPA






Ada orang gaji dia mencecah 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la.

Ada jugak orang gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss.

Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa. Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.

Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa. Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini. Aamin :)



Walau sesiapa pun kita, sehebat mana pun kita, berjaya setinggi mana pun kita, janganla sekali kali lupa akan ibu bapa kita .




BERSYUKUR


KEEP CALM dan TERUS BERSYUKUR :)

Aku masih bernafas hari ni. alhamdulillah. :)

''YA ALLAH , Ya Tuhan kami, peliharalah kami supaya kami sentiasa ingat pada Mu dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur kepada-Mu serta masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang bagus pengabdiannya kepada Mu "

Sesungguhnya kita semua hanyalah insan yang lemah . DIA lah yang memberikan segala-segalanyaa. aku amat bersyukur terhadap apa yang diaturkan dalam hidupku.

Aku amat bersyukur kerana ;

    • Diberikan tubuh badan yang sihat
    • pancaindera yang bagus
    • rezeki yang alhmdulillah
    • family yang bahagia
    • dugaan yang membuatkan diriku semakin kuat
    • ilmu pengetahuan
    • bebas daripada bencana alam yang membahayakan
    • cukup kasih sayang
    • negara yang membangun
    • dan banyak lagii....


sesungguhnya nikmat yang diberikan terhadapku tidak terhingga. aku bersyukur atas segalanyaa, Ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. :)


NUR SYARIFAH HANIS


ORANG YANG DISAYANGI, DI RINDUI , DIMANJAI :)

hyee. peace you oulss. haha. ni adik saya yang bongsu. rindu sangat dekat dia nii. sayang sangat dekat budak kecik comel nii. bila ingat balik telatah dia memang nak tergelakk. she's so funny ! umur dia sekarang 7 tahun, penolong kelas 1 ANGGERIK dekat sekolah kebangsaan bandar tun hussein onn. 



Memang tak boleh berpisah dengan budak ni. kalau keluar pon kadang-kadang kene ajak dia. haha. memang aku pon suka bawak dia jejalan. tengok wayang, pegi makan and dia paling suka pegi karaoke . haa, itula feveret dia. kalau aku balik je uma. kak , jom g karaokee ? memang aku banyak duit pon nak belanja budak ni kan. tapi sebab sayang, bawak jugak . tanak menghampakan dia kalau bole. haha.


yang paling best ni laaa. kitorang suka bergambar. hahhaa. dia ni pon layan jee. haha. dia suka buat aku tergelakk. kadang2 marah gakk. takley manja sangattt. haha. pernah dia kata, "hanis kat sekolah ada geng, nama geng hanis geng kucing " hahahahhaa. geng kucing. gangster betull budak ni. haha.
tapi dye ni rajin. taktawula acah acah rajin ke apa. bajet2 buat keje sekolah depan mak abah. hahaha. kalau bufday sape2 dalam family, mesti dia buat card / beli untuk kitorg.  haha. so sweet.
Teringat time dye beli kad bufday untuk ayah aku. dye suruh ayah aku bukak. pastu ade laguu. hahahhaa. ayah aku pon tergelakk. dengan kitorang2 sekali. hahahhahaa. dalam tu tulis selamat hari jadi abah :D

TENGOKLA HASIL DIA. HAHAHAHA.


dia nak tido dengan akak dia sebenarnyaa. siap tulis. hahaha.


ni kad yang dia buat. ni daripada luaran je. haha. so sweet.

I LOVE YOUU MY LIL SIS :)






AMALI MAKMAL 1

hye. asslmualaikum :)

Yeahhh. amali makmal 1 untuk aplikasi komputer pon dah tamat. soalan nye berkaitan microsoft word, microsoft excel dan powerpoint. yee. saya tahu sir dah ajar kitorang dengan baik sekali sebelum kitorang menghadapi lab test ni. dan sir jugak banyak bagi kita semua masa untuk belajar benda ni. sememangnya sir memang THE BEST!

Time lab test tu sememangnya aku banyak masalah. aku bukak PC dan dalam masa yang sama aku bukak jugak laptop yang aku bawak. smpai sir cakap "Kau nak buat pakai apa sebenarnye ni ? " dengan senyuman aku membalas, " dua-dua " actually aku sangat nervous time tu. sebab aku tak la pandai IT pon. so, bila bukak PC , nak connect internet untuk bukak ifolio nak tengok soalan lab test, tapi tak bolehh. so, sir bagi aku pendrive yg mempunyai soalan tu. then, sambung dengan laptop aku. tak jadi pakai PC. just pakai laptop je.

Buat dan buat dan buatt. aku mintak maaf sebab angkat tangan banyak kali untuk tanya sir. tapi kebanyakan nya aku tanya " betul ke cam ni sir " sebab aku just ragu ragu jeee. sememangnya soalan lab test sebelum ni dah buat dah pun. sir hanya ubah sikit. latihan dye bagi pun aku dah buat sebenarnyee. but still not confident.

dah sampai microsoft word tak silap aku, tetibe hmm. excel tak boleh bukak . urghhh. mengapakah? kenapakah ? aku panggil sir lagi dengan rasa gelabah. then sir, suruh copy semua tu dan bukak kat PC plak. alhmdulillah boleee. huwaaa. nak menjerit rasenyee. banyak sangat benda berlaku. mungkin sebab takut sangat. atau mungkin terlalu fikir sangat. maafkan kami semua sebab buat sir kecewa. au harap aku dapat markah yang elok dalam amali makmal 1 ni.

Aaminn :)

KEJUJURAN DALAM PERHUBUNGAN

*mesagging*


yeee. memang awak salah ponnn !!

EHH, kenapa plakkk  awak? pe salah saya ?

Pandainye awak berlakon ! dahdah la tu awak. sudah cukup sudah awak menipu saya.

dah kenapa plak ni awakkk ?

awak tahu tak kejujuran dalam perhubungan ni penting ! sampai bile awak nak menipu saya ? lebih baik awak sakitkan saya dengan kejujuran daripada awak bahagiakan saya dengan kebohongan !

oke okee. cool down sayang, ape yang saya buat sebenarnya ?

Sepatutnya saya yang tanya kat awak, apa yang awak buat kat belakang saya ?!

saya tak buat pape pon awak. saya sayang awak kannnn.

masih lagi nak menipu. saya dah ada bukti dah awak . kenapa masih tanak jujur lagi. kalau awak jujur, saya tak marah.

saya nak jujur apa awak ?

awak keluar dengan perempuan lain kannn ? dan perempuan tu kawan saya ? awak awakk. sampai hati awak kannn.

apa benda yang awak merepek ni sayang ? sapa yang cakap semua benda ni ?

urghhh. masih nak berlakon ? hebat permainan awak kann. HEBATT !

awak. awak ade bukti ke saya buat benda ni ?

kalau saya cakap ada macam mane ? sekarang saya nak awak jujur betul atau takkk ?

tak sayangg. tak betulll !!

hmm. sampai hati awakk. kawan awak yang cakap awak keluar dengan perempuan lain. sebab time saya call awak, awak tak angkat. saya call la kawan awak.

then, awak percaya cakap kawan saya tu ? awak tahu kan kawan saya tu suka awak. dan dia boleh cakap apa je untuk dapatkan awak kan.

mula mula saya pon macam tak percaya. tapi bile saya tengok perubahan awak hari demi hari. saya mula cari sebab. saya mesej perempuan tu kat fb.

then dye cakap apa ?

hmm. awak jujurlah dengan sayaa, saya dah penat ni awak :(

saya tak buat apa apa masalahnyaa.

awak awakkk. tak kesian langsung kan awak kat saya. saya bagitahu perempuan tu awak ckap dekat saya, awak kua dengan dye. so, saya cuma nak tahu betul ke tak,then dye cakap betul ke awak cakap cam tu. then saya cakap betul laa. pastu perempuan tu mengaku, BETUL. dye kawan saya wak. kenapa kawan saya  ? :( apa salah saya ?

* 7 jam kemudian

hmm. maafkan saya awakk.

tu je awak boleh cakap ? sampai hati awak. awak tipu saya kann ? awak tipu saya !!! awak tahu tak ? setiap yang kita lakukan biarlah  jujur sebab kejujuran terlalu penting. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. kita BREAK ! bye. aslmualaikum.





PERKAHWINAN


BRIDE TO BE :)

Tajuk kali ini ialah PERKAHWINAN. oh my GOD. im not ready actually. sememangnya tanggungjawab selepas berkahwin adalah amat sukar sekali. aku merasakan yang aku masih muda lagi. memang tak dapat dinafikan zaman sekarang berlambak yang kahwin muda. tidakkah mereka tahu tanggungjawab itu amat besar. dan kalau hanya berlandaskan cinta semata mata ianya belum cukup kott. en en ennn ? haha,

SETUJU !

Baguslah kalau setuju. Untuk memilih bakal suami / isteri zaman sekarang pon dah susah. bukan macam orang2 dulu lagi. sekarang bagi aku kalau tak kenal latar belakang dia, memang habislaa. zaman sekarang pon majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran. tidakkah mereka tahu itu hanya pembaziran? sememangnya orang cakap kahwin itu hanya sekali. tapi cukuplah secara besederhana. asalkan bahagia hingga ke anak cucu. 

kesimpulannya di sini, saya masih belum berkahwin :)

Kbye.